Nuffnang Ads
Sunday, 4 September 2011
PETKNODE dan Isu Kucing Mati Di Bawah Jagaan.
Timbul isu tentang PETKNODE, sebuah organisasi penjagaan kucing dan anjing oleh pemilik yang bercuti atau tak ada masa menjaga haiwan kesayangan mereka. Malangnya cuti raya seminggu baru-baru ini,pekerja-pekerja PEKNODE dan pihak PETKNODE tidak menjaga kebajikan kucing-kucing ini sehingga 16 ekor kucing telah mati samada di dalam mahupun di luar sangkar. Terdapat lebih kurang 200 ekor kucing yang di amanahkan sebenarnya. Namun begitu,pencinta-pencinta haiwan yang berang dengan sikap tidak bertanggungjawab PETKNODE telah bertindak mengambil kucing-kucing yang sedia ada sebagai kucing angkat (adopted). PETKNODE kini mungkin menghadapi tindakan saman atau tindakan undang-undang oleh pemilik yang berang dan juga pencinta haiwan. Pada pandangan Mr.Fahmi, kalau betul nak tinggalkan kucing-kucing tu,silalah tinggalkan bekalan yang mencukupi untuk seminggu. Raya, raya juga, tapi janganlah sampai abaikan tanggungjawab dan berlaku kejam. Sila browse facebook Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan untuk gambar-gambar kucing PETKNODE.
Labels:
kucing terbiar,
petknode
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment