Nuffnang Ads
Friday, 9 September 2011
UPSR 13 September 2011-15 September 2011
Selamat menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2011 kepada semua pelajar tahun 6 sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Agak-agaknya adik-adik semua ada yang sudah betul-betul bersedia dan ada juga yang baru terhegeh-hegeh nak belek balik buku-buku rujukan dan ada juga yang tak ambil port lansung kot? Hahaha..Apa-apapun,Mr.Fahmi doakan anda semua berjaya dalam hidup anda. Ingat, walaupun UPSR bukanlah penentu masa depan anda yang hakiki, namun jadikanlah ia sebagai satu cara membuktikan keberkesanan ilmu yang anda semua tuntut sepanjang bertahun-tahun setelah mengenal ABC dan 123 (anda lebih tahu lebih dari itu).Ibu-bapa juga mengharapkan anda berjaya dan jika boleh,janganlah kecewakan mereka dan jadilah anak yang membuat diri mereka bangga. Sekian sahaja dr saya, majulah UPSR untuk negara!
Sunday, 4 September 2011
PETKNODE dan Isu Kucing Mati Di Bawah Jagaan.
Timbul isu tentang PETKNODE, sebuah organisasi penjagaan kucing dan anjing oleh pemilik yang bercuti atau tak ada masa menjaga haiwan kesayangan mereka. Malangnya cuti raya seminggu baru-baru ini,pekerja-pekerja PEKNODE dan pihak PETKNODE tidak menjaga kebajikan kucing-kucing ini sehingga 16 ekor kucing telah mati samada di dalam mahupun di luar sangkar. Terdapat lebih kurang 200 ekor kucing yang di amanahkan sebenarnya. Namun begitu,pencinta-pencinta haiwan yang berang dengan sikap tidak bertanggungjawab PETKNODE telah bertindak mengambil kucing-kucing yang sedia ada sebagai kucing angkat (adopted). PETKNODE kini mungkin menghadapi tindakan saman atau tindakan undang-undang oleh pemilik yang berang dan juga pencinta haiwan. Pada pandangan Mr.Fahmi, kalau betul nak tinggalkan kucing-kucing tu,silalah tinggalkan bekalan yang mencukupi untuk seminggu. Raya, raya juga, tapi janganlah sampai abaikan tanggungjawab dan berlaku kejam. Sila browse facebook Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan untuk gambar-gambar kucing PETKNODE.
Saturday, 3 September 2011
Aplikasi Twitter Yang Terbaik Mengikut Pandangan Mr.Fahmi
Third party application atau aplikasi pihak ketiga kadang-kadang menarik dan memudahkan pengguna iPhone atau telefon bimbit Android untuk ber"tweet" atau bersosial secara maya. Berikut merupakan aplikasi twitter yang terbaik mengikut pandangan saya:
1) Tweetdeck
2) Ubersocial
3) Tweetbot
4) TweetCaster
5) Echofon
Ada antara aplikasi-aplikasi yang diberikan mempunyai kemudahan untuk ber"tweet" melebihi 140 abjad(had abjad untuk Twitter) dan ada juga tidak mempunyai kelebihan itu. namun yang terbaik bagi saya adalah Tweetdeck.terdapat juga perisian Tweetdeck untuk desktop atau Komputer Peribadi dan boleh dimuat turun di laman web Tweetdeck. Jikalau anda berminat, sila klik disini. dan selamat ber "tweet"..;)
*anda perlu mempunyai akaun Twitter untuk mengakses aplikasi ini.Jika belum mempunyai akaun Twitter,sila klik di sini.
1) Tweetdeck
2) Ubersocial
3) Tweetbot
4) TweetCaster
5) Echofon
Ada antara aplikasi-aplikasi yang diberikan mempunyai kemudahan untuk ber"tweet" melebihi 140 abjad(had abjad untuk Twitter) dan ada juga tidak mempunyai kelebihan itu. namun yang terbaik bagi saya adalah Tweetdeck.terdapat juga perisian Tweetdeck untuk desktop atau Komputer Peribadi dan boleh dimuat turun di laman web Tweetdeck. Jikalau anda berminat, sila klik disini. dan selamat ber "tweet"..;)
*anda perlu mempunyai akaun Twitter untuk mengakses aplikasi ini.Jika belum mempunyai akaun Twitter,sila klik di sini.
Labels:
social networking,
tweetbot,
tweetcaster,
tweetdeck,
twitter
Wartawan Bernama Malaysia Mati Ditembak Peluru Sesat.
Pada 2 September 2011 bersamaan 3 Syawal 1432 yang lepas,wartawan Malaysia yang juga wakil Bernama, Nurafaizul Mohd Nor mati ditembak di Mogadishu, Somalia. Al-Fatihah kepada arwah yang juga merupakan Ketua Media bagi misi ke Somalia ini. Beliau mati akibat tembakan di dada manakala seorang lagi jurukamera TV 3, Aji Siregar, mengalamai cedera akibat tembakan di tangan tetapi beliau di laporkan stabil. Di hari perayaan, keluarga mana yang tak sedih dan pilu akan hal kematian ini,namun kita doakan agar arwah tergolong dalam golongan orang yang beriman. Al-fatihah.
Subscribe to:
Posts (Atom)