Nuffnang Ads

Saturday, 11 May 2013

Antara 5.2 Juta dan 5.5 Juta.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Matematik. Subjek yang paling Mr Fahmi gerun sebab Mr Fahmi cukup tak suka mengira. Tapi baru-baru ni ada sesuatu yang sangat menarik berlaku. Mr Fahmi belajar sejenis matematik moden yang ajaib, di mana nilai 5.2 juta lebih tinggi daripada 5.5 juta. Ini benar-benar berlaku. Pelik tapi benar.

Friday, 9 September 2011

UPSR 13 September 2011-15 September 2011

Selamat menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2011 kepada semua pelajar tahun 6 sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Agak-agaknya adik-adik semua ada yang sudah betul-betul bersedia dan ada juga yang baru terhegeh-hegeh nak belek balik buku-buku rujukan dan ada juga yang tak ambil port lansung kot? Hahaha..Apa-apapun,Mr.Fahmi doakan anda semua berjaya dalam hidup anda. Ingat, walaupun UPSR bukanlah penentu masa depan anda yang hakiki, namun jadikanlah ia sebagai satu cara membuktikan keberkesanan ilmu yang anda semua tuntut sepanjang bertahun-tahun setelah mengenal ABC dan 123 (anda lebih tahu lebih dari itu).Ibu-bapa juga mengharapkan anda berjaya dan jika boleh,janganlah kecewakan mereka dan jadilah anak yang membuat diri mereka bangga. Sekian sahaja dr saya, majulah UPSR untuk negara!

Sunday, 4 September 2011

PETKNODE dan Isu Kucing Mati Di Bawah Jagaan.

Timbul isu tentang PETKNODE, sebuah organisasi penjagaan kucing dan anjing oleh pemilik yang bercuti atau tak ada masa menjaga haiwan kesayangan mereka. Malangnya cuti raya seminggu baru-baru ini,pekerja-pekerja PEKNODE dan pihak PETKNODE tidak menjaga kebajikan kucing-kucing ini sehingga 16 ekor kucing telah mati samada di dalam mahupun di luar sangkar. Terdapat lebih kurang 200 ekor kucing yang di amanahkan sebenarnya. Namun begitu,pencinta-pencinta haiwan yang berang dengan sikap tidak bertanggungjawab PETKNODE telah bertindak mengambil kucing-kucing yang sedia ada sebagai kucing angkat (adopted). PETKNODE kini mungkin menghadapi tindakan saman atau tindakan undang-undang oleh pemilik yang berang dan juga pencinta haiwan. Pada pandangan Mr.Fahmi, kalau betul nak tinggalkan kucing-kucing tu,silalah tinggalkan bekalan yang mencukupi untuk seminggu. Raya, raya juga, tapi janganlah sampai abaikan tanggungjawab dan berlaku kejam. Sila browse facebook Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan untuk gambar-gambar kucing PETKNODE.

Saturday, 3 September 2011

Aplikasi Twitter Yang Terbaik Mengikut Pandangan Mr.Fahmi

Third party application atau aplikasi pihak ketiga kadang-kadang menarik dan memudahkan pengguna iPhone atau telefon bimbit Android untuk ber"tweet" atau bersosial secara maya. Berikut merupakan aplikasi twitter yang terbaik mengikut pandangan saya:

1) Tweetdeck
2) Ubersocial
3) Tweetbot
4) TweetCaster
5) Echofon

Ada antara aplikasi-aplikasi yang diberikan mempunyai kemudahan untuk ber"tweet" melebihi 140 abjad(had abjad untuk Twitter) dan ada juga tidak mempunyai kelebihan itu. namun yang terbaik bagi saya adalah Tweetdeck.terdapat juga perisian Tweetdeck untuk desktop atau Komputer Peribadi dan boleh dimuat turun di laman web Tweetdeck. Jikalau anda berminat, sila klik disini. dan selamat ber "tweet"..;)
*anda perlu mempunyai akaun Twitter untuk mengakses aplikasi ini.Jika belum mempunyai akaun Twitter,sila klik di sini.

Wartawan Bernama Malaysia Mati Ditembak Peluru Sesat.

Pada 2 September 2011 bersamaan 3 Syawal 1432 yang lepas,wartawan Malaysia yang juga wakil Bernama, Nurafaizul Mohd Nor mati ditembak di Mogadishu, Somalia. Al-Fatihah kepada arwah yang juga merupakan Ketua Media bagi misi ke Somalia ini. Beliau mati akibat tembakan di dada manakala seorang lagi jurukamera TV 3, Aji Siregar, mengalamai cedera akibat tembakan di tangan tetapi beliau di laporkan stabil. Di hari perayaan, keluarga mana yang tak sedih dan pilu akan hal kematian ini,namun kita doakan agar arwah tergolong dalam golongan orang yang beriman. Al-fatihah.

Thursday, 23 June 2011

Malaysia vs Lebanon

Tahniah diucapkan kepada skuad kebangsaan kerana memenangi perlawanan pra-kelayakan Olimpik semalam menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun bertahan dengan bilangan pemain yang kurang di separuh masa kedua,namun Malaysia tetap menang! Tahniah sekali lagi diucapkan,semoga kualiti permainan bolasepak Malaysia terus meningkat maju..

Saturday, 11 June 2011

Terengganu Juara Piala FA 2011

Tahniah diucapkan kepada pasukan Terengganu kerana memenangi Piala FA UNTUK TAHUN 2011..Mr.Fahmi sebagai penyokong The Red Warriors a.k.a Kelantan walaupun kecewa team sendiri kalah,namun itu la adat pertandingan...huhuhu..Sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka dan sihat,kita perlulah berfikir dan bertindak dengan waras..janganlah ada yang emo tak tentu fasal plak sebab team pilihan kalah,kan?Rilek je..sebab kalah menang itu kan sudah adat dan juga takdir..So,tahniah sekali lagi kepada team Terengganu dan kepada Kelantan,cuba lagi tahun hadapan..Gomo Klate Gomo!!!Kita gomo Liga Super pulak!!Hehehe..;)