Nuffnang Ads
Thursday, 23 June 2011
Malaysia vs Lebanon
Tahniah diucapkan kepada skuad kebangsaan kerana memenangi perlawanan pra-kelayakan Olimpik semalam menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun bertahan dengan bilangan pemain yang kurang di separuh masa kedua,namun Malaysia tetap menang! Tahniah sekali lagi diucapkan,semoga kualiti permainan bolasepak Malaysia terus meningkat maju..
Saturday, 11 June 2011
Terengganu Juara Piala FA 2011
Tahniah diucapkan kepada pasukan Terengganu kerana memenangi Piala FA UNTUK TAHUN 2011..Mr.Fahmi sebagai penyokong The Red Warriors a.k.a Kelantan walaupun kecewa team sendiri kalah,namun itu la adat pertandingan...huhuhu..Sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka dan sihat,kita perlulah berfikir dan bertindak dengan waras..janganlah ada yang emo tak tentu fasal plak sebab team pilihan kalah,kan?Rilek je..sebab kalah menang itu kan sudah adat dan juga takdir..So,tahniah sekali lagi kepada team Terengganu dan kepada Kelantan,cuba lagi tahun hadapan..Gomo Klate Gomo!!!Kita gomo Liga Super pulak!!Hehehe..;)
Tuesday, 7 June 2011
Rakyat Malaysia Sejati?
Adakah anda rakyat Malaysia yang sejati? Anda sayangkan negara anda? Apa sumbangan anda yang menunjukkan anda sayangkan negara anda? Jika anda adalah rakyat Malaysia yang betul-betul sayangkan negara, daftarlah menjadi pengundi untuk pilihanraya yang akan datang. Walaupun nampak senang,namun ramai yang mengabaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang berkuasa menentukan halatuju negara dibawah pimpinan yang membawa negara ke arah keharmonian dan kesejahteraan. Jadi, bertindaklah dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi samada di pejabat pos,mahupun bada-badan yang mengambil bahagian. Laksanakan tanggungjawab anda sebagai rakyat kerana tanpa anda, kita mungkin akan membiarkan negara berada dalam bahaya pimpinan yang tidak kompeten.Anda boleh menyemak daftar pemilih di:
http://www.spr.gov.my/
atau:
http://daftarj.spr.gov.my/
p/s: Mr.Fahmi juga pernah terlepas daftar pengundi dulu-dulu dan kini sudah insaf~~~
http://www.spr.gov.my/
atau:
http://daftarj.spr.gov.my/
p/s: Mr.Fahmi juga pernah terlepas daftar pengundi dulu-dulu dan kini sudah insaf~~~
Monday, 6 June 2011
Musim Cuti Sekolah & Kenduri Kahwin
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Aku menaip blog ni lepas balik dari kenduri kahwin yang mana telah mencungkil balik ingatan aku tentang cuti skolah ngan kenduri kawin..memang banyak sangat kan kenduri time macam ni kan?Maksud aku time cuti sekolah. Tapi soalan aku skang ni ialah, kenapa pilih cuti skolah? Adakah semua yang kahwin tu cikgu sampai kene pilih cuti skolah untuk buat kenduri? Hehehe..aku rasa jawapan yang paling munasabah ialah "sebab nanti tetamu boleh la datang ramai-ramai sebab budak-bdak skolah pun dah cuti masa tu..boleh ikut mak bapak diorang gi kenduri" btul tak?Tapi yang paling kompem, cikgu-cikgu la paling ramai jadi tetamu yang free time cuti skolah..hari-hari gi kenduri...tak gitu? Hehehehe..Apa-apapun, menghadiri jemputan kahwin tu kan wajib...tak elok tolak jemputan...so,untuk pengantin baru,Mr.Fahmi ucapkan selamat pengantin baru,semoga berbahagia ke anak cucu...dan untuk tetamu kenduri, selamat makan..kontrol makan nanti kene penyakit..huhuhu..;p
Wassalam dan bye-bye...

Sunday, 5 June 2011
The First Post (Pos Pertama)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...
Sebenarnya aku tengah pening nak tulis blog ni dalam bahasa Melayu atau bahasa inggeris (atau lebih dikenali sebagai bahasa omputeh) tapi...lantaklah..aku campur pun takde masalah rasanya sebab bebudak zaman skang ni pun main campur je bahasa Melayu ngan omputeh ni...dengan ini,jadilah bahasa rojak..ada aku kesah?ish...ish...ishh...tak baek...punah bahasa..tapi takpe la...janji korang yang membaca blog aku ni tau betapa pentingnya pelajaran agar pandai-pandai la korang-korang yang bijak ni amik apa yang baik dan tapis-tapis apa yang tak elok supaya tak bercampur-aduk plak...kaaaan?By the way, I'm on the way on the highway...opsss...silap...by the way,aku ni seorang pekerja awam dan keje aku makan gergaji...ehh..makan gaji...keje yang sebenar aku ialah seorang pendidik,so memang teruk betul la aku ni menganjurkan bahasa rojak ni kan?tapi takpe la..ni sekadar untuk rilek-rilek sambil berkongsi maklumat mahupun idea sesama kita...bolehhhh?jadi,sambil-sambil aku luahkan perasaan,maklumat mahupun pendapat aku,korang semua boleh la bagi komen,berkongsi maklumat dan ape-ape yang patut...this is my first post and i hope this will not be the last because i'm easily demotivated if something distract me..hohohoho...adioss amigosss...wassalam....
Subscribe to:
Posts (Atom)