Nuffnang Ads

Tuesday, 7 June 2011

Rakyat Malaysia Sejati?

Adakah anda rakyat Malaysia yang sejati? Anda sayangkan negara anda? Apa sumbangan anda yang menunjukkan anda sayangkan negara anda? Jika anda adalah rakyat Malaysia yang betul-betul sayangkan negara, daftarlah menjadi pengundi untuk pilihanraya yang akan datang. Walaupun nampak senang,namun ramai yang mengabaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang berkuasa menentukan halatuju negara dibawah pimpinan yang membawa negara ke arah keharmonian dan kesejahteraan. Jadi, bertindaklah dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi samada di pejabat pos,mahupun bada-badan yang mengambil bahagian. Laksanakan tanggungjawab anda sebagai rakyat kerana tanpa anda, kita mungkin akan membiarkan negara berada dalam bahaya pimpinan yang tidak kompeten.Anda boleh menyemak daftar pemilih di:
http://www.spr.gov.my/

atau:
http://daftarj.spr.gov.my/
p/s: Mr.Fahmi juga pernah terlepas daftar pengundi dulu-dulu dan kini sudah insaf~~~

No comments:

Post a Comment